Selasa, 04 Februari 2014

PRK DUN Sungai Limau Akan Diadakan


SELEPAS kekosongan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau ekoran kematian penyandangnya Tan Sri Azizan Abdul Razak, satu pilihan raya kecil bakal diadakan di DUN itu selewat-lewatnya pada 27 November ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, pihaknya mempunyai tempoh 60 hari dari hari ini untuk mengadakan pilihan raya kecil (PRK) bagi DUN itu.

“Kita akan mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh untuk penamaan calon dan hari mengundi selepas Speaker DUN Kedah memaklumkan kami mengenainya (kekosongan) secara rasmi dalam bentuk bertulis,” katanya.

Untuk DUN Sungai Limau, tidak akan ada hari mengundi awal kerana tiada anggota polis atau askar mendaftar sebagai pengundi di kawasan itu.

“Kami mempunyai dua penduduk Sungai Limau yang berdaftar di luar negara. Undi pos akan dibuka kepada petugas media dan kakitangan SPR yang bertugas,” kata Abdul Aziz.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu, Azizan mempertahankan kerusi yang disandangnya dengan memenangi majoriti undi 2,774 dalam pertembungan empat penjuru.

Azizan memperolehi 13,294 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Fazillah Mohd Ali yang hanya mendapat 10,520 undi.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar