Sabtu, 21 Desember 2013
Tiada istilah kroni
Produksi milik tiga rakan artis popular, Umie Aida, Erra Fazira dan Ziela Jalil, Frensis Sdn Bhd sekali lagi masuk Istana Budaya (IB) apabila bakal mementaskan karya terbaru Erma Fatima, Bahayanya Wanita bermula 20 hingga 31 Disember depan.
Karya membabitkan Erma dipentaskan di Istana Budaya bukan sesuatu yang asing, malah boleh dikatakan saban tahun bermula dengan Sirah Junjungan, Natrah, Tun Siti Hasmah dan Badai Semalam.
Tidak kurang juga, ada karya drama pentas teater sama ada ditulis, diarah mahupun diterbitkan Erma mahupun Frensis Sdn Bhd dipentaskan lebih daripada sekali.
Situasi itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penggiat seni teater dengan mendakwa IB mengamalkan kronisme. Dakwaan itu bukan kali pertama diterima.

ANTARA artis yang bakal menjayakan pementasan Bahayanya Wanita (dari kiri) Erra Fazira, Umie Aida, Zizan Razak, Nora Danish dan Johan As ari.
Sebelum ini tuduhan serupaturut diterima sewaktu karya dihasilkan Hans Isaac menerusi produksinya Tall Order Sdn Bhd, giat dipentaskan di dewan prestij itu, sama ada karya teater muzikal mahupun lawak jenaka.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar